Macam biasa hari ni nak cerita pasal nenek aku lagi. Nampaknya cerita nenek aku lagi mendapat sambutan daripada aku cerita pasal aku, so baik lah aku cerita pasal nenek aku je lah.Paling banyak banyak part aku cerita pasal nenek aku. Part 1 yang paling banyak mendapat sambutan. Kalau nak baca kisah lucu nenek aku part 1. boleh KLIK SINI
====================
Cousin aku baca blog aku, dia cakap ah aku berani dah jumpa blogger semua ni. Sebab dulu aku ni pemalu nak jumpa jumpa orang ni . Sekarang ni tah hape tah aku berani sikit la nak keluar jumpa orang tak kenal / baru kenal. Blogger lah I mean.
Lepastu nenek aku ni cakap dengan cousin aku.
"eh! berani pulak dia nak jumpa blogais blogais (sebut bloges lah lebih kurang). Dulu nak jumpa orang punya lah penakut"
Blogger jadi bloges. boleh pulak macam tu? ingat stylo kah?
Cousin aku cakap. "blogger la mak. bukan bloges. adoyaiii mak ni. hahahaha" sambil berdekah gelakkan nenek aku.
nenek aku selamba badaknya menjawab "alahhhh sama je lah tu blogger dengan bloges. haa tu nak pergi telefon dia lah tu cakap mak salah cakap lagi tu"
haaaaaa memang konpom cousin aku terus telefon aku lapan saat selepas kejadian. bagus!
===================================
Haritu cousin aku keluar dengan nenek aku pergi mall. Kan kadang kadang dekat mall, if dekat tengah tengah mall kan ada pentas. Leh buat show hape semua tu kan.
Time ni cousin aku dua orang keluar dengan nenek aku.
Masa tu ada show breakdance. Aku tak tahu la nenek aku perasan ke tak show breakdance tu.
Then masa dalam kereta nak balik dah. Cousin aku borak lah berdua
cousin 1: kau nampak budak breakdance tadi?
cousin 2: nampak! gile ah budak budak tu breakdance.
Sekali nenek aku dekat belakang seat menyampuk,
nenek: breakdance tu apa? (gheti pulak dia sebut menatang ni. betul pulak tu)
cousin 1: alaaa yang orang menari, kepala dekat bawah, kaki dekat atas tu.
![]() |
| Macam ni ah lebih kurang breakdance tu. amboi kacak bebenau abang dalam gambar ini. macam zelo55 sikit ah muka dia. |
nenek : oooooooooooooo (kemain panjang 000 dia) mak tahu lah! yang 'wassap yo yoo yooooo tu kan' dulu cik epal selalu ajar mak buat wassap yo yo yooo tu. *sambil tangan tangan dia naik kau!
*nenek aku tak ada nya lah panggil aku cik epal, ada lah panggilan nama manja lain yang tak boleh di reveal di sini. mak malu nyah!
Aku memang suka ajar nenek aku benda pelik pelik. Contohnya macam kalau dia dalam bilik. Nanti aku sesaje la terjah masuk, pastu tegur dia
'mak! wasssap yo yo. wassap wassap berasap yowww!' *sambil tangan buat 'yoww yoww' ala ala joe flizzow
nanti nenek aku tanya, apa benda wassap wassap tu?
aku selamba tenuk menjawab.
"oooooo wassap wassap ni cara cara stylo budak sekarang cakap kalau jumpa kawan kawan dia, nanti mak jumpa kawan kawan mak, mak cakap lah 'yoww yoww wassap yoww' mak buat sekali tangan macam ni dengan gaya macam ni (sambil tunjuk gesture tangan dekat nenek aku) kalau mak buat dekat kawan kawan mak, confirm mak nampak lagi muda seploh tahun, tapi sekarang mak memang nampak muda lagi, boleh lagi lah nak cari atuk baru"
Yang aku terharu, dia ingat lagi pulak yoww yoww wassap yang aku ajar tu. bagus lah mak aku ni. dia punya minda senang pick up. cuma tang sebut je selalu berterabur tersasul sasul ikut suka hati dia je nak nyebut apa.
Tapi aku tak tahu la kalau dia lepak dengan kawan dia, memang betul betul dia buat wassap yo yooowwww tu. Aku pon tak de maknanya nak buat gitu. Kalau dia buat betul betul wassap yo yoww tu dekat kawan dia, mahu kawan nenek aku pitam terus, kalau tak pitam pon mesti dalam hati akan berkata.
ok bye!
