Diberdayakan oleh Blogger.

Selasa, 14 Desember 2010

Cara cara menjaga bayi anda supaya lebih sehat dan comel


 NOTE: entri ini agak re-post. tapi aku ada edit edit sikit. biasalah aku. kan suka gebang lebih lebih




Entri ini khas untuk para ibu bapa yang mahu memiliki anak anak yang cute, soleh, solehah, pandai, bijaksana, otak kancil, telinga lintah, stylo, mempunyai cutting/potongan badan yang cukup menarik ala ala abang Malek Noor, sopan santun, lemah lembut bukan lembut auww geli geli tu, sehat tubuh badan, sehat mental dan kewarasan otak dan seangkatan dengan nya. (woihh. Panjangnya mukadimah)




MEMERIKSA LAMPIN BAYI


Kalau nak cek lampin bayi. Anda haruslah melihat sahaja dan mencungkil lampin dengan menggunakan jari telunjuk *sedikit sahaja. dan lihat adakah bayi anda sudah menetaskan bahan bahan buangan terpakai atau tidak. Itu cara yang betul. (rujuk pada gambar "correct")


INCORRECT: jangan pula dok menggomol tangan anda dengan tahi bayi anda itu. Salah di situ ye.



MEMBERI MAKAN PADA BAYI


Cara yang betul adalah dengan memberi susu dengan menggunakan botol susu.  Bagi cucu cap junjung pon boleh juga. Air sirap limau ke. Air ribena ke. Teh Tarik pon boleh juga. Kalau kokak kokak sangat guna air masak sahaja sudah memadai. Jangan beri botol susu tak ada air sudah la. Kempunan nanti bayi anda. Meleleh air liur pula nanti


WRONG: Jangan la pergi sodok ayam seketul macam dalam gambar tu. Tercekik anak kau nanti. Ayam besar tak nak kalah. Kalau bagi cubit cuit cuit sikit ayam tu boleh la terima juga. Hehh



MENCUBA CUBA BOTOL BAYI



Titiskan se tetek dua. EH! silap eja. typing error. titiskan setitik dua titik tiga titik di pergelangan tangan anda. (suka hati la nak berapa titik pon. Tapi jangan habiskan semua sudah la. anak kau nak minum apa karang) Kalau nak titis kan dekat perut buncit pon boleh. Lepastu rasa la sedap ke tak susu yang di bancuh itu.



DON'T: tak senonoh betul mamat dalam gambar ni nak rasa susu anak. Kebulur susu ke hape?




JURURAWAT BAYI (peliknya bunyi)


Apa ke ngok ngek sangat hisap nenen dekat ayah?? Mungkin ada perisa susu coklat. Kemungkinan besar ada perisa susu strawberi. Tapi cikgu sekolah tadika aku tak pernah ajar lagi kalau nak menetek cari ayah. *uihhh kerintingnya bulu dada







Hilang pulak karang kepala si botak ni dok godeh godeh macam tu. Hehh





PERMAINAN COMEL UNTUK BAYI


GOOD: boleh main "cak cak baaaaaaaaaaa" ataupun "cak cak ceke cak cak cak ada aku kesah???"

BAD: jangan ajak anda main chess atau dam haji sudah la. Kot ye pon nak menang toksah la dok ajak anak bertanding. Tension budak tu karang. Tak pasal pasal kuda hitam dan kuda putih chess tu dia telan tanpa sembelih. Kan dah dua kali kerja tu nak bawa anak pergi hospital lagi. nak beli chess baru lagiii. Main ting ting dan sepak takraw juga harus di elakkan.



KEJUTKAN BAYI DARIPADA TIDUR


YES: memberi ciuman yang manis dan penuh kasih sayang kepada bayi anda

NO: esok lusa memang pekak la telinga anak kau bagi horn sedass macam gitu




MEMBUNGKUS BAYI



Ingat anak kau pocong nak bungkus macam tu??? bedung lah elok elok.








Hape kejadahnya semua ini?? Mesti dah besar karang mak dia ni nak buat anak dia tenggiling panggang masak lemak cili api. GHOSAKKKKK. Macam mana la boleh terlepas kahwin ni. Tak pergi kursus kahwin ke??




MENUKAR LAMPIN BAYI



Habis skirt ropol ropol bawa tidur sudah kena najis.






YES: buat aksi ringan ringan sahaja. Atau ibu bapa boleh mempraktikkan step step poco poco kepada anak anak untuk merehatkan bayi anda daripada gangguan syaitan



NO: Kalau nak anak badan ketul ketul pon beragak la sikit kot ye pon. Musnah harapan.






Campak tinggi lagi. tinggi lagi. tinggiiiii lagiiiii. Biar berlubang atap rumah. yeahhhhh~

dah besar mesti bayi anda bercita cita mahu jadi superman, spiderman, cicakman, atau spenderman (hero baru)




MEMBELI BELAH BERSAMA BAYI



aiyoyoyoyoyo macha. Mahu jual anak ke mahu benam anak. Dah macam tsunami dah troli ni.



BERJALAN JALAN DENGAN BAYI



Pastikan anak anda tidak lemas seperti gambar di atas. nak bergurau pon agak agak la. Ni gurau kasar namanya.







Ini bukan menyelamatkan. ini Menjahanamkan anak anak dan bayi bayi anda. wohooo



MENENANGKAN BAYI ANDA



GOOD: tepuk tepuk belakang dia sambil nyanyi lagu "anak itik tokwi" atau lagu "goyang inul" Nescaya bayi anda kembali normal.

BAD: minum racun tikus ke tu???



Kalau tak rongak gigi tu. Jongang la karang kasi makan kasut selepas main futsal. gila hape. Jongang jongang ni sensitif la~







Yes: mengeringkan bayi anda selepas mandi menggunakan tuala. Tuala morning glory cap pagoda pon boleh.


No: tak payah cakap banyak la. Innalillah la jawabnya. Lebih malang lagi kalau pakai dryer than washing machine. Selamba badak je bapak dia ni boleh tengok jam lagi. Rileks aje muka. Muka tak bersalah. hehh





Dia ingat anak dia pokok bonzai kottttttt~







Ini mesti dia mengamalkan konsep "kecik kecik taknak mampos. dah besar besar menyusahkan orang. Meh sini kasi karate siap siap"






cungkil selagi boleh cungkil. korek selagi boleh korek.








Nak ajar anak kenal pets. Tapi pergi sumbat dalam akuarium. Mungkin nampak bijak dan brilliant. Tapi itu dusta semuanya. Bawak keluar akaurium anak jadi beku. Bibir biru. Tak pon anak jadi flower horn. Lebih malang lagi jadi dugong.



MEMBUATKAN BAYI ANDA TERSENYUM


Cakkkk!!!






Sawan agak nya mak dia ni. Lepastu pergi buat kacip fatimah pula bagi anak minum . hadoiii~






Jangan pasang cerita lucah sudah. Kotor pemikiran anak anak di waktu kecil. Kerana pada waktu waktu ini. anak anak seperti kain putih. Dan ibu bapa perlulah mencorak kan nya dengan warna warna pastel mahupun warna warna kehidupan. (wahhh. macam penceramah motivasi)




Previous
Next Post »