![]() |
nenek dan ibu aku |
ok. ini nenek dan ibu aku. tanpa mereka. tidak ada lah muka aku dekat dunia ni. Dan tidak wujud lah blog yang tak semenggah ini. ewah. kau nak mengorat nenek aku ke?? boleh jugakk. nenek aku tengah single and avaiable tu. Ada tak atuk atuk kau orang yang tengah single? boleh la kenen kenen kan depa ni. Kot kot jadi. Melekat pulak. (promote nenek) tapi nenek aku tak pakai handphone la. dia kalau nak call orang pakai tin sambung dengan tali rafia tuu. ala..macam zaman zaman dahulu kala tu..
![]() |
Comel seh nenek aku senyum macam tu . Saja je bodek lebih lebih ni. duit pencen nenek aku lebat wooo |
Family aku ni pelik sikit. Nenek kitorang, kitorang panggil dengan panggilan "MAK". Kalau ibu kandung, panggil "IBU". cousin aku semua macam tu, mak sendiri panggil "IBU". Nenek kitorang, panggil "MAK". dah memang dari kecik dulu macam tu.
Yang aku nak cerita pasal nenek aku ni. sebab nenek aku ni kadang kadang aku rasa dia boleh masuk raja lawak. Dia buat lawak selamba babas dia je. Walaupun sebenarnya dia tak buat lawak, tapi kitorang rasa benda tu lawak.Dan tiba tiba dia boleh speaking pulak. perghhh Ini aku pelik pelik jugak ni. Tah bila masa la pulak mak aku ni masuk kelas berkomunikasi dalam inggeris ni. Kitorang tak pernah pon ajar dia speaking speaking ni. Maklum lah lagi pon dia mana sekolah dulu. Orang dulu dulu biasalah. mana nak sekolah sangat. Umur dah limabelas. dah Kahwinnn. Apa lagi nak buat? Belajar tak, Kita kasi kahwin je la kan. Tu lah skill depa bab masak masak ni expert. Sebab tu je la pon kerja yang depa tahu buat. Masak je lah doploh empat jam
Hari tu pergi hotel. Kat guaman kot. Masa lunch,makan la dekat hotel tu. Dia cakap la dekat sepupu aku "kak ngah, eh! kurang manis la teh ni. tolong ambilkan SUGAR." amboiii kemain kauuuuu dia cakap SUGAR. Padahal kitorang tak pernah ajar pon dia speaking speaking ni. VOGUE jugak nenek aku.
Ada lagi satu masa nak pergi kedai emas. Masa tu nak beli rantai. Sampai sampai je kedai emas tu. Dia cakap. "mok! (tokei tu gemok so panggil mok) cucu saya nak beli NECKLACE. yang mana yang lawa?" amboiii kemain vogue de vassss. Dekat rumah dok cakap rantai je. Sampai kedai emas terus tup tup sebut necklace. Terkejut aku. Tak pernah pernah dia sebut NECKLACE. sebab nenek aku mana sekolah. ye la orang dulu dulu kan. Dah umur belasan, apa nak buat KAHWIN je la kan. Tu terkejut tu. Pandai pulak nenek aku ni speaking. Kalah aku tahu.?
Lepastu dia suka salah sebut benda. Suka hati dia je nak sebut apa.Dan sukahati dia je fikir kitorang pon macam tahu je apa dia sebut tu. contohnya:
bawak kete. cuba la jangan s.s.h (sebut es es eh)
aku pon dok fikir la apa benda lah s.s.h ni. Disebab kan aku pegang phone. Aku pon dok fikir la jugak apa nenek aku ni nak sampaikan sebenarnya. sekali Ouh Baru aku tahu. "SMS la makkk. SMS.. bukan S.S.H"
nenek aku selamba tapir je jawab.
"Alahh sama je lah tuuu"
Mana sama mak!
Aku dah pelik ni. Muka cemas. Bila masa aku ambil telur dia buat main? I mean telur dia buat masak masak tu la. Dia sebut teylo tu ada macam bunyi sebut "telur" sikit. Time aku dok test test baju aku, dok la berangan depan cermin dengan pakai shawl habis semua. Padahal tak pergi mana pon. Saja je test baju. Pastu dia masuk bilik, dia tegur "ni nak teylo teylo nak pergi mana?"
"telur apa mak?? mana ada orang amek telur mak. Kan dalam peti ais" Aku membidas dengan sopan
Aku pon dok fikir apa lah menatang teylo ni. Nak kata telur bukan.laaa rupa rupanya dia cakap STYLO!
"ouhhhhhhhhhhhhhhh mak nak kata STYLO ea? STYLO lah makkkk! bukan teylo. huahuahua" berdekah aku gelakkan dia.
"Alahh sama je lah tu.. ada lo lo jugak dekat belakang"
Haritu aku keluar jap dengan cousin aku. Lepastu dia tempah, suruh beli dorono. Dorono?? Aku pon pelik jugak. Apa menatang dorono ni? Dalam kepala hotak aku, aku fikir tu maybe benda benda nak buat perincah masak dia la.
Aku tanya la. "mak, dorono tu apa? nak beli berapa banyak?"
"Alaa yang sapu dekat ketiak tu. Beli satu je." nenek aku menjawab dengan tenang
Aku dah pelik pelik dah dekat nenek aku ni. Tak kan la sebelum dia masak, perencah perencah yang dia guna, dia sapu dekat ketiak dulu? ouh maybe la sebab tu sedap sangat nenek aku masak. ada petua lain rupanya untuk buat masakan lebih lazat.
"mak nak buat masak ke"
"haishhh kamu ni. Nak buat masak apa. Nak sapu dekat ketiak la. kasi wangi"
Disebab kan aku bijak, sekali aku baru dapat tangkap.
"lahhh makkkk itu deodorant laaaa. Bukan dorono! ada pulak dorono pergi nya. Adoyai mak ni"
"Alahh sama lah tu, janji ada keluar sikit sikt sama bunyik dia" sambil buat muka tak bersalah. Nasib baik lah comel (saja bodek)
![]() | |||
Inilah DORONO itu. Sila dapatkan DORONO di kedai berhampiran anda |
Itulah sedikit sebanyak cerita pasal nenek aku. Konpius aku kadang kadang dok dengan dia ni. ni baru part 1. Nantikan part 2 pulak. muehehe.
p/s: Comel kan nenek aku? Menangis Rozita Che Wan tengok ni nanti. Nenek aku lagi comel daripada dia.