Kalau ada yang tanya, "Apakah satu perkara paling penting dalam hidup kau?"
Hmmm banyak sebenarnya perkara yang penting dalam hidup aku. Family, education, duit, kasih sayang, kerjaya, perasaan ingin dicintai dan menyintai dan sebagainya. Haha. Semua penting kottt! Tapi kalau boleh pilih satu benda yang sangat-sangat penting, aku akan pilih KESIHATAN :)
Kenapa kesihatan?
-Sebab kalau ada family yang dalam kesusahan, aku boleh tolong selesaikan masalah sebab aku SIHAT. Kalau ada ahli keluarga yang sakit,aku boleh tolong jagakan sebab aku SIHAT.
- Education penting,sebab macam mana nak study kalau diri sendiri tak sihat? Semua benda yang belajar confirm tak masuk otak bila tengah sakit. So aku kena SIHAT
- Kita bekerja untuk cari duit. Salah satu kerja yang aku buat dan seronok buat adalah blogging sebab blogging antara sumber pendapatan aku yang utama setakat ini. Blogging memang best but kadang-kadang tak ada idea juga nak update pasal apa. So aku kena SIHAT untuk mengupdate blog! Haha. Kalau tengah sakit,memang confirm idea tak coming. LOL
- Kalau kita ada pasangan, mesti kita nak buat bermacam-macam aktiviti sama-sama dengan dia. Pulak-pulak aku dengan suami aku manjang je banyak idea nak buat aktiviti best-best. If salah sorang sakit and bad mood,rasa macam tak seronok ah kan nak buat apa-apa. So biar lah dua-dua sihat. Bila mental dan fizikal sihat baru lah boleh hidup bahagia bersama. hihi
-
Selasa, 02 September 2014
Benda paling penting dalam hidup ??
Dulu time aku gemok,aku rasa aku macam tak berapa sihat. Sebab dulu sangat rajin menternak lemak di semua restoran. Asalkan ada makanan,memang misi menternak lemak ah jawabnya. Pastu badan rasa berat je manjang. Kalau orang kata sekarang muka aku tembam,aku rasa dulu lagi besar muka aku,sebesar bola bowling hokayyy keleberan muka aku. So bila dah jaga KESIHATAN (jaga makan and exercise), Aku rasa badan pon makin ringan dan happy dengan diri sendiri. Penting tau untuk kita happy dengan diri sendiri supaya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada :)
Selalu pergi gym sama-sama dengan husband,workout sama-sama supaya SIHAT sama-sama. Bila mental dan fizikal sihat,insyaAllah bahagia sama-sama hingga ke Jannah. ehehehe.
Yayyy! No turning back harap nya :)
Tengok video daripada Allianz Malaysia ni. Dalam video ni,Foster Huntington tanya orang-orang dari negara Malaysia, Thailand dan Indonesia 'apa satu perkara yang paling penting dalam hidup'.
Keutamaan Allianz adalah untuk mendapatkan rakyat Malaysia untuk mula berfikir tentang apakah perkara yang paling penting dalam hidup. (boleh jadi keluarga,duit,investment and etc). Sebab bila kita tahu benda yang penting dalam hidup kita,kita akan menjaga benda yang penting tu dengan elok kan?
Like Allianz Malaysia Facebook dan jangan lupa participate dan share perkara paling penting dalam hidup dekat malaysia.allianz-matters2me.com . Bila share,boleh dapat baju T-shirt percuma dari Allianz. Sementara stok masih ada. Boleh juga tag gambar dekat instagram guna hashtag ni. #matters2meMY atau #matterstomeMY .
Perkara paling penting dalam hidup saya adalah KESIHATAN. Perkara paling penting dalam hidup awak apa pula ye? :)
More info: malaysia.allianz-matters2me.com
Tags :
Related : Benda paling penting dalam hidup ??
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)