Sebab masa raya melantak segala jenis juadah seperi rendang kambing,lontong darat,ketupat goreng dan sebagainya. Tetiba rasa macam dah gemuk. Try lah seround buat treatment dekat Mayfair Bodyline. weee
First time masuk tempat-tempat begini,nak gak cuba-try-test apa yang best. Masuk-masuk je telah disapa mesra oleh pekerja-pekerja Mayfair ni dan depa terus hulur borang. Kat borang tu isilah maklumat-maklumat diri,tinggi,berat etc. Tempat ni sangat selesa,memang perfect time lah untuk aku relaks dan dimanjakan. Heee. Mayfair staff pon semua baik-baik dan explain pasal treatment semua jelas dan senang paham :)
Aku pon dah lupa berat aku berapa. Untuk pastikan,timbang lah sekali dekat sini. Macam comel je penimbang ni. Rasa macam nak beli letak dekat rumah seketul. Sambil timbang berat sambil pegang handle macam nak naik basikal. heee.
Lepas dah timbang berat,cek muka pula
Cek kulit muka apa masalah. Aku tak kisah sangat pasal kulit muka tapi rasa macam nak kecik kan muka sebab muka tembam ya ampunn. haha. Dah cek nanti dia akan suggest lah apa yang sesuai dengan kulit kita dan kehendak kita.
Ni aku try buat MediJet Face. MediJet Face ni adalah satu teknik jarum bebas yang menggunakan suntikan gelombang elektrik. Dengar macam menakutkan dan sakit sebab ada perkataan jarum. Tapi bila buat serious tak rasa sakit lansung. Muka rasa sejuk gila! And tak ada jarum pon sebenarnya. Mesin tu hanya keluarkan gelombang elektrik je.
MediJet Face ni banyak benefits dia:
• Memperbaiki tekstur kulit dan warna kulit pucat
• Mengurangkan garis-garis halus, aged collapsed skin.
• Hilangkan jerawat dan kulit sensitif yang berparut
• Pigmentasi, perubahan warna kulit
• nyahhidrat, kulit berminyak
• pecahan selulit dengan produk-produk penurunan berat badan
• bosom stimulation
Tak ada jarum pon and serious tak sakit. Memang nyaman gila rasa macam nak tertidur,pastu depa pasang pulak alunan music yang menenangkan. Memang best ah. Mula-mula dia buat satu side je dulu,untuk tengok perbezaan.
Dan ini hasilnya. Belah kiri tu nampak runcing sikit kan? Ni kalau buat 5 kali berturut-turut ni, terus Jessica Alba muka aku. Ni baru buat sekali,ko jangan berangan muka ko persis Jessica Alba lah ye Jesika Lebar. Tapi serious ah dah nampak kecik sikit belah kiri muka aku tu. Pastu dia sambung buat belah kanan pulak bagi balance dua-dua belah. Kang kalau buat sebelah je kang senget pulak muka aku.
Dah settle bab muka dua-dua belah,pastu dia buat dekat perut pulak. Ni namanya CLA Chili Slimming. CLA Chili Slimming ni adalah salah satu rawatan Mayfair yang berjaya dan menjadi salah satu body treatment yang pertama di Malaysia yang mulakan treatment ni.Mula-mula dia letak benda pink ni. Benda pink ni adalah krim cili. Krim cili ni sebenarnya intipati diekstrak daripada chili pepper seeds, unsur-unsur aktif dalam lada boleh berkesan dan cepat merangsang penguraian dan perkumuhan lemak badan.
Krim cili ni dia letak dekat perut aku,rasa sejuk je. Mula-mula takut ingatkan panas sebab katanya chili kan. Tapi rupanya sejuk dan nyaman je rasa dia.Macam biasa,mula-mula dia buat satu side je dekat perut. Memang nampak beza ah,terus perut side kiri aku tu lebih ada curve berbanding lagi sebelah. Nak je tunjuk gambar tapi karang kontroversi pulak tayang gambar perut. haha.
Lepas dia sapu krim pink ni,dia terus buat IF (Intensive Frequency). IF ni adalah gelombang radio frekuensi tinggi yang menembusi ke dalam kulit dan menghasilkan haba yang meningkatkan peredaran darah. Ia juga merangsang lapisan kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen untuk menegangkan kulit.
Dah habis buat IF (Intensive Frequency),badan aku dibalut dengan plastik macam mumia. Kelakar time ni tak boleh nak gerak rasa macam orang-orang dekat sawah padi dah. hehe. Pastu aku dipakaikan pulak dengan selimut haba. Haa part ni yang hazabedah sikit. Part lain best je sejuk-sejuk,sampai dekat selimut haba ni memang panas berpeluh-peluh ah. Kena tunggu setengah jam dalam selimut haba tu. Mula-mula aku tidur tapi dah minit ke 20 tu tak boleh tidur sebab panas. Tapi dah habis setengah jam tu badan memang rasa lega gila ah. Selimut haba ni bagus sebab boleh membantu melegakan otot,meningkatkan peredaran darah, dan mengurangkan fluid retention.
Lepas dah habis semua treatment,depa bagi minum rose tea. Sedap rose tea ni. Minum tak ada gula pon sedap sebab aroma dia best!
Overall memang best ah treatment ni and servis dan layanan depa pon memang tiptop! Memang bagus lah untuk membina keyakinan diri dan menyayangi badan dan diri sendiri. Oh ye,Mayfair sekarang ada buat on-going-promotion- RM29 untuk 5 treatment for slimming or facial tau! Waaa biar benar RM29 untuk 5 treatment? Ya iya iya lah benar sekali buk.
Disebabkan aku baik harini,aku nak buat giveaway sikit. Untuk 10 orang readers aku akan dapat treatment khas yang diberi secara percuma berdasarkan kesesuaian dan keperluan anda. Kalau korang nak dapat treatment khas percuma ni.Hanya jawab soalan ini?
"Kenapa anda berminat untuk buat treatment di Mayfair?"
Aku akan pilih 10 orang pemenang berdasarkan jawapan yang best dan kreatif.
Dapat treatment khas for free,tak nak ke? Rugi tak join giveaway ni,kalau tak,harga asal treatment ni semua beribu hokayy.
So kalau sesiapa yang berminat dengan offer ni,jangan lupa tinggalkan komen dan emel korang yang aktif ye. Nanti kalau menang,akan di contact melalui emel.Cepat-cepat tau komen entri ni sebab tarikh tutup giveaway ni adalah 12 September 2014 :)
Oh ye tempat Mayfair yang aku pergi ni dekat Pavillion.Kalau korang nak cuba-try-test semua treatment yang aku buat ni. Jangan lupa komen entri ni and tinggalkan emel yang aktif tau! Sebab treatment dia memang best,serious tak tipu :)
More info:
Facebook- www.facebook.com/mayfair.bodyline.fans