Tak sangka tahun ni beraya sebagai seorang isteri sebenarnya. Tapi raya tu rasa sama je lah dengan tahun-tahun lepas cuma tahun ni balek kampung bawak suami,tu je beza. Dan lagi satu perbezaan bila dah tak dapat duit raya dah sebab dah kawen. Siott je pakcik makcik aku ni,asal dah kawen tak dapat duit raya dah. Tak tahu ke orang kawen lagi banyak nak guna duit daripada dak-dak sekolah itu?? Tapi takdehal pon. Buat biasa je. heee.
Alhamdulillah tahun ni raya tak ada sesi tarik serkop,cucuk lubang hidung, tarik sideburn dengan laki dan sebagainya. Kami terhindar dari anasir-anasir itu. Tak ada lah gaduh-gaduh nak balek tempat siapa dulu. Mungkin belum tiba masa lagi gaduh gitu. Dah kata pon baru first time kawen khenn.Tahun ni raya memang raya belah aku. Tahun depan baru raya belah dia. hee.
Hari raya pertama beraya dekat Kluang,Johor dan memilih tema dusty pink. Tapi sebenarnya pink laki bini ni tak sama pon. Mana tak nya laki aku yang over cari kain baju melayu dia kemain awal. Belum puasa dah cari kain siap pastu tempah. Aku punya baju raya tahun ni sehari sebelum raya dan balik Johor baru cari. Punya lah last minit! Nasib baik jumpa warna seakan-akan walaupun tak berapa nak matchy-matchy pon but tak kisah lah janji hadooo. Nasib ada rupa baju raya juga walaupun cari last minit,kalau tak jumpa sehari sebelum raya haritu aku pasrah je ah first raya pakai baju hujan.
Dey! Selamat Hari Raya!
Dengan ibu aku yang sentiasa awet muda. Bila ibu aku ni muka dia nak tua pon aku tak tahu. Asal keluar,orang ingat dia kakak. Stress aku. Gambar dengan family tak ada pulak dalam handphone,dengan ibu je ada. Kira halal ah tu :D
Tapi gambar dengan husband banyak. muahaha. Biasalah baru kawen, over sikit. Ampunnn mak enon,mak jemah,mak renah sekalian alam.
Assalamualaikum. Bukak pintu please. Kami datang nak beraya.
Raya pertama,rumah nenek aku ni tetiap tahun buat open house,so pagi raya tu tak ada pergi mana lah duduk rumah je. Sebab sedara semua datang rumah nenek. Paling busy kerja yang aku buat pon adalah mengambil gambar. kehkeh.
Belah malam baru keluar beraya ke rumah sanak-saudara. Untuk sesi malam ni je gambar yang ada.
Esok nya raya ke dua tak ada buat apa. Dok rumah je goyang kaki tengok tv. Breakfast pula disajikan dengan lontong goreng. Korang pernah makan lontong goreng? Aku pernah makan pon bila aku balik Johor. Sedap gila lontong goreng ni! Dikhabarkan pada pagi itu ibu aku yang masak,patut lah lagi sedap.Nanti nak mintak resepi lah. heee
Raya ke tiga balek Taiping. Suka lettewww laki aku tu balek ke kampung halaman dia kat Taiping tu. Raya ke tiga masih semangat lagi ah nak raya pakai matchy-matchy. Ni tema purple lak. Punya lah payah aku nak cari warna purple macam baju laki aku ni. Last-last jumpa jubah warna dark purple camtu tapi warna tak sama sebijik ah dengan dia. Tapi ok lah dari takde :D
Laki aku memang poyo sikit bila tangkap gambar. Harap maklong
Dekat rumah mak mertua and rumah sedara-sedara laki aku dah layan rendang dengan ketupat palas. Pastu pergi jalan-jalan cari makan lagi.Best balik Taiping sebab husband mesti bawak tempat favourite makan black mountain ni! Aku suka abc ni, sebab kurang manis and just nice rasa dia. Lagi-lagi kalau tengah panas-panas tu,memang layan ahhhh.
Kuey teow goreng pon sedap! Masih teringat-ingat lagi kesedapan nya bila tengok gambar ni. Balik Taiping nak cari lagi ni! heee
Itu je lah cerita raya aku dan suami. kehkeh. Tapi sesiapa yang follow instagram aku (
http://instagram.com/cikepal06 ) mesti dah tengok semua gambar-gambar ni. Sebab sekarang ni kemalasan nak update blog adalah tahap hazabedah punya malas. Harap lepas ni rajin sikit lah nak mengupdate. Gambar semua dari phone saja. Kalau tak,dulu kemain rajin mengangkut dslr kemana-mana. Ni semua salah instagram lah ni,sebab instagram ah dah malas nak update blog dan malas nak tangkap gambar cecantik guna dslr sebab berat. Semua guna phone saja.
By the way, Selamat Hari Raya! (macam boleh wish lagi kan? Raya sebulan kan? hee) Mintak maaf kalau selama berada di arena mem blog (arena mem blog macam pelik tapi harap paham) ada mengguris hati dan perasaan sesiapa sahaja yang membaca. Kadang-kadang mungkin tak tuju kat kau tapi yang kau pergi sentap dah kenapaa. eh?
Mintak maaf bebetul balek. Segala salah dan silap harap dimaafkan dari hujung shawl hingga hujung kaki. Mintak maaf zahir dan batin. Salam kosong-kosong, jom makan sotong!
ok bye!