Siapa pernah dengar pasal RAKUTEN? Rakuten ni Japan’s number 1 online shopping mall. Sekarang dah available dekat Malaysia! Yayyy! Rakuten ni macam shopping mall, sebab ada macam-mecam kedai di bawah satu bumbung.Tapi yang best nya sebab dia online. Hehe. Rakuten ni ada lebih 210,000 produk daripada 900 kedai dengan tagline “Shopping Is Entertainment” yang terdiri daripada elektronik, home and living, baby and maternity, buku, fesyen, kecantikan dan banyak lagi. Food and beverage pon hado! Sekarang ni makanan dan minuman pon boleh beli online. Semua di hujung jari je uolss. Hee.
Aku suka laman web dia sebab well organized dan dia punya apps dekat mobile site pon terusun rapi.Lepastu nak scroll pon smooth je tak crash.Aku rasa semua shopping mall patut ada laman web dan apps dekat phone sebab zaman sekarang ni kan semua orang lagi banyak guna handphone dari laptop kan? Dunia di hujung jari katanya.Tapi memang pon. Sekarang ni orang lebih prefer benda senang tak menyusahkan diri. Nak shopping pon online je. Senang. Jimat masa dan jimat tenaga.
Benda yang paling best yang ada dekat Rakuten yang website lain tak ada adalah dia ada RSP! RSP ni Rakuten Super Point.RSP ini kira reward daripada Rakuten untuk semua pembeli. Yang best nya sebab 1 RSP bernilai RM1. Sambil shopping, sambil collect point. Senang-senang je next purchase dapat diskaun macam tu je dengan RSP ni.
Nak dapat RSP ni senang je. Setiap kali shopping dekat Rakuten,tak kira lah berapa jumlah korang shopping. Banyak ke sikit akan ada nilai RSP yang dorang bagi. Contohnya macam ni.
Bila korang dah register dekat Rakuten Malaysia, bila shopping je dia akan tulis berapa RSP yang korang akan dapat. Contohnya aku beli baju ni harga RM38.Aku dapat 1.90 points!
Setiap RSP ni nilai dia RM1. Makin banyak RSP korang,makin banyak lah korang jimat dan boleh guna untuk next purchase.
Harini aku nak share beberapa tips yang aku gelarkan #RakutenShoppingHacks untuk membolehkan korang mendapat lebih nilai bershopping dekat sini dan boleh dapat lebih banyak Rakuten Super Points.
1. Mula-mula daftar jadi ahli Rakuten Malaysia dulu. Just daftar sebagai ahli je. PERCUMA je uolss. Dah daftar, barulah korang boleh dapat kumpulkan RSP banyak-banyak. Lagi best, dapat voucher untuk ahli baru sebagai tanda terima kasih kerana korang memilih Rakuten Malaysia. Best kan?
2. 5X Rakuten Super Points give away – bersamaan dengan nilai 5% value back in Rakuten Super Points – ia boleh digunakan seperti wang tunai untuk pembelian seterusnya.
3. Setiap hari RABU,pemilik kad kredit Mastercard dapat lagi tambahan 5% diskaun.
4. Sentiasa usha tawaran serta promosi dekat Facebook Rakuten Malaysia. Kadang-kadang diorang akan highlightkan beberapa produk yang diberi diskaun kaw-kaw punya. Kalau jumpa yang berkenan, terus beli je. Jangan tunggu lama-lama.
6. Every Weekend, Rakuten akan berikan kupon. Kalau hari sabtu/ahad tu jangan lupa bukak website Rakuten ok! Sebab every weekend ada nilai kupon yang berbeza.
7. Kalau boleh, setiap hari bukak website RAKUTEN untuk tengok tawaran-tawaran dan promosi-promosi yang diberikan. Kadang-kadang ada diskaun sampai 70% tau!



















