Di satu petang yang hening, burung burung berkicauan. Aku lalu lah dekat tempat lelaki main bola sebab aku nak keluar dengan member aku. nak tak nak aku kena redah jugak dekat tempat budak lelaki main bola ramai ramai ni. nak dipendekkan cerita . time aku lalu tu ...
Aku nampak sebijik bola elok je terbang terbang ke udara. lepastu bola tu macam nak dekat je kena muka aku. aku pon tengok je ah bola tu. tengok punya tengok.
papppppppppppppppppppppppppppppp!!!!! gedebushhhhhh!!!
hamek kau! kena muka aku! betul betul kena dekat bijik mata aku belah kiri. berair mata aku. actually aku tak sempat nak elak bola tu. sebab time bola tu datang, aku sempat tengok, sekali papppp! kena mata aku. perghhhhh memang terbaik dari ladang ah siapa yang sepak tu kan. aku bajet kalau terkena tingkap kereta sesiapa tu mahu pecah. kuat tendangan bola tu sampai terkeluar pagar kena dekat aku pulak tu!
uihhh kalau sakit dia macam kena gigit semut tak pe. ni rasa sakit dia macam nak buta mata. aku dah cuak dah kot kot ah pagi tadi aku bangun, mata aku hilang sebelah ke hape kan. nasib baik aku bukan madam/lecturer yang ajar sini. Mahu aku saman budak tu. dan haramkan budak lelaki main bola lepasni dekat padang.
aku pon bengang ah kan. apa kau ingat mata aku ni lubang gol kau nak sepak sepak?
Aku dengan gangsternya pergi dekat budak budak lelaki yang tendang bola tu . gaya macam brader brader je main bola. aku cakap. cakap macam nak cari gaduh. tak nak kalah doh
"woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii (panjang sikit woiii ni) siapa yang tendang bola tadi? kau tahu tak kena mata aku ni (sambil tunjuk dekat mata) kalau kau tendang slow takpe. ni kuat gila. apa kau ingat mata aku lubang gol kau nak sumbat gol hape kat mata aku? siapa yang tendang tadi?? siapaaa?? siapa! meh sini aku tendang bola ni dekat telor kau pulak. apa rasa? sedap tak sedap? kwanghajar betul ah. sakit tahu???!!!! lain kali mata jangan letak kat lutut kalau main bola, yang kau pergi tendang sampai keluar pagar ni kenape lahabau?"
lepastu budak laki tu semua cuak. tak berani pon nak ngaku siapa yang tendang. "haaaa tahu kau cuak" bisik hati kecilku
ok tipu. sebenarnya aku tak pergi pon kat diorang. gila hape aku nak sound macam tu. mata aku dah ah tengah berair tu. sakit siolll. lepastu aku jalan je. sambil pegang mata yang sakit tu. dah ah ramai orang gak nak kuar time tu. serious haramjadah betul ah mamat yang tendang bola kena dekat aku ni.
aku jalan, aku tak pandang lansung padang bola tu. aku tanya member aku sebelah. "wei dorang tengok aku tak?" kawan aku cakap "aah lah wei dorang tengah pandang kau" laaggiii lah aku malu nak pandang brader brader tak semenggah tu.
Masa perjalanan aku nak keluar tu. habis dok berzikir mulut aku. dalam pada pegang mata yang sakit tu. dok ah berzikir
"sakit!!! gilaaa!!"
"bodoh ah! sakit nak mampus!!"
"aku harap telur siapa yang tendang aku tu bersemut sok pagi"
memang macam macam ah aku dok maki hamun siapa yang tendang tu. gila takde adab! lepas dah buat tu. bukan reti nak pergi dekat aku. tanya sakit ke tak ke. at least kau mintak maap la dekat aku derrrr. yang team mate yang main bola tu pon sama haramjadah jugak. at least suruh ah kan kawan dia yang tendang bola tadi mintak maap dekat aku.
Tak tahu ke aku ni PEREMPUAN! penuh dengan ciri ciri lemah lembut dan sopan santun? walaupun tak banyak. tapi sikit tu ada ah kan ciri ciri gitu. kalau dia mintak maap. serious aku takde ah hangin sampai macam ni.
dan aku tengok kawan aku tu tak tahu dia nak gelak ke nak nangis. nak simpati ke hape. sebab lepastu elok je dia cakap.
"nasib baik kau lagi tinggi daripada aku wei. kalau tak mesti aku yang kena"
Nice kan?
ok bye!
Home / Unlabelled / Nak aku tendang bola tu dekat muka kau? meh sini meh. ringan je kaki aku ni ke muka kau
Selasa, 18 Januari 2011
Nak aku tendang bola tu dekat muka kau? meh sini meh. ringan je kaki aku ni ke muka kau
Tags :
Related : Nak aku tendang bola tu dekat muka kau? meh sini meh. ringan je kaki aku ni ke muka kau
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)