Diberdayakan oleh Blogger.

Senin, 17 Januari 2011

Day 2 - My Favourite Movie

30 things in 30 days challenge - Day 2

Hari ke dua ni pasal favourite movie. Movie pon aku taruk. series pon aku taruk. suka hati aku lah kan. dah benda benda yang aku suka tengok semua aku tempek sini. Aku suka tengok movie Harry Potter. semua season dia aku ikut. Harap yang last season nanti best ah. yang kemuncak punya tuh.


Aku ikut depa ni since depa belum lahir lagi, zaman zaman tak tumbuh bulu pubis lagi. sekarang dah besar godang memasing. suka tengok Hermonie. Cute je. Sampai besar pon dia cute, cantik sweet. Aku suka cerita dia ni sebab magic magic tu. Cam best je sekolah depa ni. dok ajar menatang tu. Tapi magic depa nampak macam real. sebab tu aku suka tengok. walaupun hakikatnya dah tahu dah kena tipu bulat bulat dan petak petak


Zaman zaman depa belum baligh


Ni besaq sikit dah

zaman muda remaja bergetah gituuuuu

second movie yang aku minat. cerita AYAT AYAT CINTA

Ayat ayat cinta
Aku memang suka tengok cerita cinta. cerita cinta islamik pon best jugak. aku tengok ayat ayat cinta ni boleh pulak air mata aku bergelinang. sedih jugak cerita ni. lepastu dengan lagu Rossa yang best jadi OST. memang terbaik. KETIKA CINTA BERTASBIH orang kata best jugak. tapi aku tak tengok tengok lagi. lagi pon pelakon cerita tu tak menarik. tu macam lambat sikit tu aku tengok.



3rd movie - GEMERLAPAN


Gemerlapan
Ni cerita lama. cerita melayu. Zaman zaman 90an agaknya cerita ni keluar. Kalau ada ulangan cerita ni kat tv3. mesti aku orang pertama tercongok bercangkung depan tv tu tengok cerita ni. best woh cerita ni. awal awal cerita lawak sebab depa macam suka memasing tapi dok gaduh gaduh. macam main tarik tali ah kan. tapi dok pakat kenakan masing masing. yang takleh blah si Maya masa last cerita tu sore bertukar jadi katak. tapi bagus jugak. sebab Maya tu jahat dalam cerita ni. Last last Lan a 2 z pon ngaku suka kat baby res 2 tu. bagi aku best ah cerita ni. kalau ada ulangan dia lapanpuloh kali pon. lapanpuloh kali tu jugak aku tengok.



Yang ni series bukan movie. tapi aku suka gila cerita ni. Made in Korea. dulu sumpah ah aku tak suka tengok cerita korea jepun menatang haram jadah semua ni. Aku tengok roomate aku dok tengok cerita korea jepun leh lagi aku bantai gelakkan depa. lepastu start aku tengok Hanakimi (jepun) aku dah start gian lak tengok depa ni. Then aku pergi tengok pulak Boys Over Flowers (Korea) perghhh memang terbaik dari ladang ah. dengan tambahan pelakon kacak kacak jambu jambu. lagi la mak suka nyah!



Boys Over Flowers


Inilah jejaka jejaka jambu itu

Handsome handsome depa ni
Tapi cerita ni bukan hanya jual wajah depa sahaja. tapi aku rasa best ah cerita ni. aku suka watak Gu jun pyoo (lee min ho) sebab aku rasa macam dia best. even dia bad temper nak mati. asyik nak marah marah je. sikit sikit nak marah, sikit sikit nak baling pasu. adoyaiii tahu lah kaya semua barang kau nak baling. Tapi other side dia, dia sangat lah romantik. cuma mak dia yang macam singa betina tak makan lapanpulohtahun tu je jahat sangat. mak dia ah menjadi punca dia tak boleh sama sama dengan heroin cerita ni


Sebab cerita ni ah aku jatuh cinta dengan LEE MIN HO. habis semua cerita dia berlakon aku tengok lepastu. Now aku tengah layan PERSONAL TASTE. tapi personal taste ni bagi aku tak sesedap cerita Boys Over Flowers ni ah. Cuba la korang tengok cerita Boys Over Flowers ni bagi yang belum tengok lagi, konpom korang tak sabar nak tengok episod seterusnya


Aku sakit hati masa si Goo Joon Pyo ni hilang ingatan. accident. perghh dah buat macam macam bagi dia ingat pon dia tak ingat ingat jugak. Hamsap punya goo joon pyo! lepastu ada sorang minah ni dalam hospital tu jugak dok minat minat dia. si goo joon pyo ingat minah tu yang awek dia dulu. dan minah tu pon tergedik gedik nak dekat dia. nyampah aku. nasib baik at last dia dengan heroin cerita ni jugak




Tapi ada lagi ke yang tak tengok cerita Boys Over Flowers ni? konpom korang ketinggalan zaman. lelaki pon layan ok cerita mamat mamat jambu batu ni


Goo Joon Pyo ! i love you!

Comel kan depa bila dah dikartunkan . hikhik

Ok inilah antara cerita cerita yang aku layannnnnnnnnnnnn~

ok bye!

Previous
Next Post »