Ok dekat kelas aku ni ada satu geng budak lelaki yang sangat annoying dan suka kacau budak perempuan. Diorang ni suka bebanau kacau aku. Hangin doe. Ada sekali tu time Matematik. tengah tengah nak jawab soalan aku raba raba beg, tengok calculator aku hilang. Menangis aku calculator aku hilang. Lepastu Haidhar (dia ni ah yang suka kacau aku. Sori ah Haidhar. dengan nama sebenar aku bagi takde tapis tapis) tiba tiba dia datang dekat aku bagi calculator. dia cakap
Aku pon kesat air mata. Ambil lah calculator aku. Konon dia nak berlagak hero ah tu jumpa calculator aku. Konon nak suruh aku cair lah dengan dia konon konon dia superman yang tolong wanita dalam kesusahan. caitt podah la Haidhar.
Sekali kawan aku cakap
'alaa sebenarnya Haidhar yang amek calculator kau pastu dia yang sorok! saja je ah tu nak berlagak hero depan kau'
perghh hamsap punya Haidhar!
=========================
kes ke dua
ada sekali tu time rehat. aku g lah makan kat kantin time rehat. Aku dulu suka gila keropok lekor even now pon aku suka gak kopok lekor. pulak pulak panas panas perghhh memang layan ah!
Ok bukan cerita keropok lekor aku nak cerita sekarang, lepastu bunyik loceng tanda dah habis rehat. aku pon pergi la bergegas nak naik atas naik kelas. Then tiba tiba tudung aku direntap ganas dari belakang. dengan aku aku sekali hampir jatuh ke belakang
perghhhh kau tahu. tertanggal tudung aku. Then nampak serkop aje! togel je kepala. dapat bayangkan tak macam mana tudung direntap dari belakang? gilaaa! sakit lak tu leher aku. dah ar ramai time tu. siapa lagi yang buat? Haidhar yang buat!
Aku maluuu gila time tu. Haidhar and the geng boleh bantai gelak pulak. Kwanghajar doh depa ni.
==============================
kes ke tiga
lepastu kitorang dalam makmal sains.ada kelas dekat situ. Aku ada la geng geng mesyuarat tingkap aku duduk satu table. Yang haidhar and the geng ni dok sebelah meja dengan aku. So hari itu apahal tah dia tak puas hati dengan aku. dan aku memang sejak azali tak suka dengan dia. dia pandang je aku. then aku cakap ah
"kau kalau tak puas hati dengan aku meh la datang sini" haidhar cakap
So aku pon dengan langkah machonya pergi la dekat dia
then dia cakap
"aku tahu kau tak puas hati dengan aku kan? kalau kau tak puas hati sangat, haa pukul lah aku! pukul lah!" hek elehh mencabar kewibawaan gangster aku je dak Haidhar ni. lepastu
"panggggggggggggggggggggggggggggg!!"
aku tampar muka dia. perghhh first time doh aku lempang jantan!
Then satu kelas tengok kitorang. agak havoc and drama lah situasi tu. Nasib baik cikgu takde then Haidhar cakap
"berani eh kau lempang aku. kau apahal cari gaduh dengan aku"
"hek elehhh kau jugak yang suruh aku pukul kau tadi" selamba badak je aku jawab
"aku suruh pukul je yang kau lempang apahal"
sekali
"panggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!"
*bunyi guruh berdentum*
Servis bertukar tangan. Aku pulak kena lempang dengan dia. Kwanghajaq punya Haidhar. kau tahu aku boleh tergolek sampai jatuh bawah meja makmal tu dia lempang aku. Aku lempang dia ilek je. dia balas? hambek-lah-kau-sampai-tergolek-dot. Sekali aku terus nangis. cewek ngembeng doh aku dulu
semua budak perempuan cakap "dayus nya kau haidhar! pukul perempuan! kau tahu tak kau tu dayussss!!"
then geng geng Haidhar pon agak terkejut jugak ah Haidhar pergi lempang aku. lempang dia bukan sebarang lempang. Lempang maut doh! sampai aku melayang!
then aku lari keluar kelas dengan air mata bercucuran. Perghh memang drama hindustan betul dulu ok aku ni. then aku pergi tangga tepi tandas. ramai gak ah kawan kawan aku dok pujuk aku
'dah kau takyah layan doh Haidhar tu.perangai dia memang macam tu.lepasni kau wat bodoh je ah dengan dia'
memang lepastu aku tak layan dah! sengal punya haidhar! hamsap!
=================
Actually aku ingat ingat lupa pasal aku kena lempang dulu tu. Sekali Haidhar ada call aku masa sebulan lepas kalau tak silap. celah mana dapat nombor aku pon tak tahu ah
dia cakap.
"wei kau ingat tak dulu aku pernah lempang kau sampai tergolek?"
"eh! ada ea? bila ea?"
"hahahaha yeke? aku tak berapa ingat ah. lama dah. sampai hati kau kan lempang aku"
"semua orang cakap aku dayus! haha tapi itu first and last lah aku lempang perempuan. aku mintak maaf wei dekat kau. tak sengaja"
"alahh aku lupa dah ah benda benda tu semua.kau cakap ni baru aku ingat"
'sebenarnya dulu AKU MINAT DEKAT KAU! sebab kau sorang je lain dari yang lain dalam kelas tu. sebab tu aku suka kacau kacau kau'
then bla bla bla ada lah kitorang borak . PNC! :D
muahahahahaha tergelak besar doh aku dengar Haidhar cakap dia minat aku macam tu. Tapi kalau dia minat pon beragak la jugak. Ini dia kacau aku , menarik perhatian sampai macam tu sekali. gila doh sampai main lempang lempang.
hek elehhhh minat cakap je ah kan. ni sampai main lempang lempang sorok sorok tarik tarik tudung tudng pulak. hamsap!
Memang lelaki kalau minat seseorang suka menarik perhatian sampai macam tu ea?? Agak agak Haidhar minat dekat aku lagi tak sekarang? muahahaha
pangggg! lempang lagi sedas!
But dulu memang aku menyampah gila dengan Haidhar ni. sekarang ok lah. Tapi taknak ah aku bercinta dengan dia. Apa kelasss uolssss bercinta dengan kawan sekolah menengah. lalalalala~
ok bye!
p/s : baru dapat undangan akak senior kahwin dengan abang senior! :D