Aku selalu dengar cerita hantu. Tapi tak pernah ah lagi jumpa jumpa hantu ni. Dan aku pon tak hingin nak jumpa hantu.Kalau depa cun macam Juliana Evans pon aku taknak jumpa kalau dah namanya hantu. Aku harap selama aku hidup dekat dunia ni. aku tak jumpa lah makhluk makhluk tu.

Ni Juliana Evans. Tapi aku tengok gambar ni macam ala ala nak berlakon jadi Hantu time siang je gamaknya
Aku pernah sekolah asrama penuh dulu. Akak akak senior selalu cerita pasal hantu. Tapi cerita je lah. Alaa sekolah asrama biasa lah kan. Kalau tak jumpa hantu. budak budak yang jadi 'hantu' or perangai macam 'hantu'
ada sorang akak ni pernah cerita.
====================
cerita hantu pertama
cerita terjadi time time tengah malam lah. alaaa tak kan la hantu nak keluar time siang. Hantu pon tahu nak main peranan dia nak bagi efek seram time pukol berapa kan.
Dalam dorm biasanya duduk ramai ramai kan. Katil pulak double decker. Ada lah sorang minah ni tak tidur lagi. yang lain semua dah tidur. Dia just tidur tidur ayam je ah. lepastu dia dengar ada suara cakap ala ala whisper macam tu
"tiga dah tidur, lapan dah tidur, sepuluh dah tidur"
suara tu bercakap mengikut turutan orang orang yang dah tidur berapa orang lah. sekali suara tu sambung lagi.
"satu belum tidur lagi"
yang minah ni pelik ah. dia ke yang dimaksudkan suara tu? Then dia cari cari jugak la suara tu. (isyh kalau aku konpom aku tidur terus tak ada maknanya nak cari. tebiat ok!)Then dia pusing je belakang, ada nampak hantu rambut mengurai muka macam nek nak dok atas loker dia dok goyang goyang kaki.
perghhhh goyang goyang kaki tu tak tahan tu. bukan hantu tak ada kaki ke?? ohh mungkin hantu zaman millenium dia ada kaki kot. lepastu keesokan harinya budak tu demam. dia pengsan. dalam dua minggu jugak lah demam tak kebah kebah. paghah!
=================
ok ni kes ke dua. kes ni aku dengar dekat uni aku belajar sekarang. tak tahu la if its just a rumors or what. tapi selalu gak ah dengar version cerita hantu macam ni
================
cerita hantu ke dua
Macam biasa . kejadian terjadi pada tengah tengah malam. baru lah boleh feeling kan. ada sorang mamat ni dok study. dia ni memang rajin study pon. sampai malam malam buta. pukol 2,3,4 pagi macam tu ah. roomate bilik dia semua dah tidur dah. dia je yang tak tidur lagi dok study
Meja study dia tu mengadap tingkap. dan bestnya dia dok level 4. Sekali tiba tiba ada pakcik guard misai lalu dekat tingkap . pakcik guard misai tu cakap
" eh tak tidur lagi. tengah buat apa tu?"
mamat ni selamba badak je jawab
"tengah study"
Sekali dia pandang cermin balek, pak guard misai tu dah hilang. Lepastu baru dia terpikir eh-aku-duduk-level-4-macam-mana-pak-guard-boleh-lalu-dekat-tingkap?
Pastu hape lagi. menggelupur lah mamat ni. tutup tingkap dan terus tidur. Esok kecoh lah di kalangan member member kelas cerita ni.
Tapi pak guard misai dekat sini memang agak digeruni jugak ah. Aku malas nak cerita lebih lebih pasal pak guard dekat sini. Siapa yang belajar dekat sini memang akan kenal lah dengan PAK GUARD MISAI. pemes dowhhhhhh PAK GUARD MISAI !
Dulu dekat facebook siap ada kelab
"kami benci pak guar misai @^!%@&"
tapi sekarang group tu dah tak ada dah. tengok lah betapa faymousnya pak guard misai dekat sini sampai ada orang buat group. dalam group tu semua ngadu pasal kena saman semua dengan pak guard.
Tapi aku ok je dengan pak guard sini. Sebab so far pak guard sini tak pernah saman aku . So aku takdehal lah. kesimpulannya. SAYA SAYANG PAK GUARD MISAI DEKAT UNI SAYA *tangan ke dada mata ke atas
ok aku nak cerita pasal hantu. tetiba lak melalut cerita pasal pak guard misai lak. ada lagi cerita hantu nih. tu kalau rajin lah aku nak cerita. kau layan lah yang atas dua ni dulu. mungkin dengar macam tak seram. tapi bila pikir pikir benda ni jadi dekat diri sendiri.
mahu lapan bulan aku pengsan dowhhh
ok bye!