Diberdayakan oleh Blogger.

Kamis, 18 November 2010

Tips tips bila putus cinta dan tips untuk lupakan pasangan kekasih


alooo siannya. Jangan sedih sedih ok




Ada sesiapa tengah putus cinta dekat sini? ye. anda telah memasuki zon yang tepat. mari sini aku nak bagi tips tips putus cinta. harap dapat membantu




1- Jauhkan diri kau orang daripada filem filem jiwang dan tangkap leleh . lagi lagi filem hindustan. Mahu berbakul kotak tisu premier habis karang. Cerita Adnan Sempit dan Halimah Jongang boleh tengok. Kabhie Kushi Kabhie Gham dan Kuch Kuch Hota hei harus dielakkan.




2- Perbaiki kelemahan dan penampilan diri. Kalau bekas kekasih pernah komen kau gemok. Exercise lah selagi mampu, bangkit tubi, buat sit up, sit down, ketuk lesung batu dan boleh tayang dekat dia satu hari nanti "hoiiii aku dah slim la. mana ada badan aku macam tayar MICHELLIN tu" tapi jangan la buat depan orang lain. nanti orang kata kau riak pulak



3- Sibukkan diri kau. Kalau kau tak sibuk pon buat buat je la macam kau sibuk. Tapi jangan sibuk jaga hal tepi kain orang pula. ini tak baik untuk kesihatan. Kes putus cinta kau pon tak settle lagi, nak sibuk hal orang buat mendee.




4-Sibukkan lah diri buat kerja bagi yang bekerja. Boleh lah buat overtime banyak banyak. Bila duit dah lebat dan mencurah curah terkeluar poket. Kau cari je la lain apa susah. kahwin terus. senang hidup tak payah susah susah nak pening pening dan weng weng kepala.




5- Lakukan hobi yang anda sukai contohnya membaca, menonton tv (tapi cerita hindustan dan jiwang karat harus dielakkan: rujuk point 1) boleh juga membuat bisnes menternak cipan. Nanti bila cipan kau orang dah besar besar godang godang. kau orang pon akan lupa dekat bekas kekasih. Cinta kau orang beralih pada cipan peliharaan pula. "alololo comelnya cipan aku"




6- Kau orang pergi mengadap cermin. Cermin diri dulu sehendak hendaknya. Muhasabah diri. Apa yang kau orang buat silap atau pon bekas kekasih yang buat silap. Agak agak tak jumpa jawapan. Kau orang tenung la cermin tu lama lama. Mengadap sampai esok pagi, kau orang buat la lawak gila gila lepastu gelak la sorang sorang





7- Buat buat gila kejap. Saja je la layan perasaan jiwa kacau tu kejap



8- Ambil hammer atau dalam bahasa jerman di panggil tukul besi. Ketuk kepala dua tiga ketul. Tapi AWAS jangan sampai pecah. Pastikan ketuk di tempat yang betul. kemudian bila kau sedar, kau akan rasa seperti bukan diri kau. Secara tak lansung bolehlah lupakan kenangan kenangan pahit masa putus cinta tu haaa.





9- keluarlah dengan kawan kawan lama. kawan kawan baru pon boleh juga. Cari kawan kawan yang boleh buat kau senyum dan ketawa terbahak bahak sampai tepuk tepuk lantai lebih afdhal. jangan keluar dengan kawan yang sama putus cinta dengan kau jugak. Karang tak pasal pasal dua dua ketawa terbahak bahak terjun bangunan pergi ke alam barzakh pulak. hehh.



10- Hari hari tulis surat untuk diri sendiri. Tulis lah apa kau nak tulis pasal bekas kekasih kau tu. Dah tulis kau sendiri jadi posmen letak dalam peti surat kau sendiri. esok tengok peti surat, boleh pura pura macam "eh! ada peminat bagi aku surat la" lepastu kau balas letak balik dalam peti surat kau. lakukan tiga hari dua malam berturut turut.Jangan tulis keburukan dan kebaikan bekas kekasih dekat blog, nanti semua tahu rahsia (eh!)



11- Agak agak susah sangat nak lupakan bekas kekasih kau orang tu. langgar je lah lori kontena. boleh gak membantu lupakan pasangan kekasih. tapi kalau patah kaki ke tangan ke kereta kau remuk ke sendiri tanggung la.




12- Susah sangat cari je yang lain. Kalau dapat yang lebih kacak/lawa daripada bekas kekasih kau orang tu boleh la lalu lalang tayang dekat depan bekas kekasih kau tu. act la macam "apa kau ingat kau tinggalkan aku, aku tak laku ke haaaa?" then lepastu tayang dekat jiran tetangga. lagi lagi depan makcik makcik kepochi. fuhhh memang seluruh pelusuk taman perumahan dan kampung kau tahu la kau dah ada pengganti. "anak si melah tu haa baru putus cinta dah dapat pengganti baru dah. pakai fair lady lagi. GENERASI HEBAT sungguh. mesti minum pati ayam brands tak pon mesti minum JUS MATE 5 dr ROZMEY RAMBUT STYLO tu" dialog oleh mak cik kepochi



cukup lah ini dulu. Nanti kalau ada lagi esok tiba tiba bangun tidur karang muncul idea. aku bagi tahu tips putus cinta part 2 pula. Sori la kepala aku miong sikit hari ini. Harap tips ini dapat membantu.






























yang atas atas ni merepek je sebenarnya.Itu hanya mukadimah. haha. Sesiapa yang putus cinta baca la ayat ayat di bawah ini.






Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.



Entri ni aku pernah buat dulu. Actually aku ada dapat soalan pasal putus cinta ni dekat formspring. So aku tempek je la sini lagi sekali. Lagipon tips ni untuk aku jugak. Biasalah tengah putus cinta. muehehe.Tak apa. REDHA saja. Mana tahu lepas ni dapat lagi handsome macam LEE MIN HO dan SETIA dekat aku. ngeee. ouh heaven. Alah nak frust frust menonggeng meneriap mencangkung semua buat apa. Ada jodoh ada lah. Semua ada jodoh masing masing. Percaya pada qada' dan qadar. Bercinta bertahun tahun bagai nak rak, kalau tak ada jodoh, tak jadi jugak. Aku just follow the flow je lah. ok ceria ceria  selalu everybody. beboiii =)


p/s: Aku tak suka lelaki curang. Enough said. Lepas ni nak buat entri tips putus selipar pulak. Ada yang nak tips putus selipar?

Previous
Next Post »