Diberdayakan oleh Blogger.

Minggu, 28 November 2010

Kisah lucu nenek aku part 3

Aku panggil nenek aku dengan panggilan "mak". Sesiapa yang ikut kisah nenek aku sebelum sebelum ni. Tahu la aku panggil dia mak. Cousin cousin semua panggil nenek aku mak.



Ni kejadian antara cousin aku dengan nenek aku. Cousin aku la yang kol aku pergi cerita. huehuehue
Cousin aku ni memang selalu jadi informer aku kalau ada apa apa benda menarik jadi dekat mak. Seperti terminum "air kundur palsu" dan salah salah sebut perkataaan.


 Alkisahnya. Pada suatu hari, di petang yang hening bening. Di waktu burung burung berkicauan dan mencari sesuap nasi. Seorang nenek telah bertanya kepada cucunya yang tercinta.




"NOR (nama cousin aku) Dulu pakwi (ayah aku) buat mariket kan?"


"Haa? Mariket? apa tu mariket mak?"


"Alaaaa mariket! Dulu kan pakwi kerja mariket. tak kan la tak tahu dia dulu kerja mariket. MARIKET! MARIKET! MARIKET!"

tiga kali kau disebut mariket. Cousin aku tak faham jugak. Toksah la kata cousin aku, kalau aku di tempat kejadian pon, mahu terburai kepala hotak aku nak fikir kejadah apakah "mariket" ini.



Disebabkan cousin aku ni seorang yang genius ala ala Albert Einstein. Dia macam boleh agak la menatang apa "mariket" tu.



"laa makkk. Pakwi dulu kerja LANDSKAP la. Bukan mariket!!! Apa la mariket? hahaha"


"Ala sama je lah tu mariket dengan lanskap. ket ket jugak belakang dia"



Adoyaiiii nenek aku ni, memang kalau duduk dengan dia otak kita akan cepat berkembang. Sebab banyak berfikir dan menyelesaikan masalah dengan meneka apa yang dia cakap dan cuba sampaikan. Hanya orang orang yang bijak sahaja boleh bermastautin dengan nenek aku ni.



Dulu ayah aku kerja bahagian bahagian landskap ni. Tah hape tah tetiba dia ingat pasal benda alah "mariket" tuh. Aku pon tak tahu. Lepastu ayah aku kerja jadi manager kat bahagian taman klcc tu. Kira taman klcc, kolam, air pancut tu semua, ayah aku la manage. Tapi tu dulu la. 3 tahun yang lepas. Sekarang aku pon jarang pergi klcc dah.




Kamus nenek aku untuk hari ini


Mariket= Landskap


YE adik adik yang tengah SPM, kau orang sila jangan guna perkataan mariket ini ok. Perkataan mariket ini belum dapat approval lagi daripada kamus dewan bahasa edisi ke lapanpulohenam. Kalau adik adik nak guna jugak dalam karangan SPM adik adik. Kalau dapat A. Nanti akak kau ni belanja kau tempe goreng. Tu pon kalau kau berani la guna perkataan mariket ni. Tapi budak yang amek SPM, subjek bahasa melayu dah lepas kan? Kira alright dah la. A seketul dah dalam tangan la kan? Alaaa Bahasa Malaysia je. Senang kacang je jawab bm ni. Pejam sebelah mata pon boleh jawab dan dapat A (amboi)



Pada sesiapa yang tanya aku orang johor ke tak. Ye saya memang orang johor. Means kampung dekat johor. Sebab ada tanya "cik epal ni orang johor ke, sebab sebut ghobok"



YES! kitorang memang panggil almari tu ghobok. perkataan gonjol, gonjeng dan tah hape tah lagi. Tu makcik makcik aku yang ajar. Makcik aku pon rock jugak kepala gila. Ni aku baru cerita pasal nenek aku. Nanti aku cerita pasal makcik gorgeous aku pulak. lagi pening kepala hotak kau orang nanti.






ok bye!

Previous
Next Post »