lately, kerja asyik mencekik aje. Ini adalah faktor faktor orang sekeliling yang sememangnya kuat makan lebih daripada biasa. (pandai tu salahkan orang lain)
Kalau ingat Secret Recipe je mesti ingat kek. Asyik asyik makan kek je kerja. Muak pula. Mana tak gemuk. Apa kata kita cari menu yang lagi gemuk? mari kita REDAH makanan makanan yang adoooo. zasss~
Grilled Black pepper chicken. Ini Nor yang punya. Boleh pulak Nor tanya "eh! ada nasi ea? tak nak ar makan nasi, nanti gemuk" Macam la tak makan nasi tak gemuk. apa punya statement daa. kau makan je la bawang bawang dan timun tu kalau betul la nak diet sangat. Confirm tak kurus juga. haha :D
Ni aku punya. Chicken Cordon Bleu. eh! macam ni ke ea bunyiknya? lantak. yang penting sedap. Kalau datang secret recipe ni, mesti benda alah ni yang aku order. Bila potong ayam tu, keju dalam ayam tu meleleh leleh. perghh sedap wa cakap lu. dan lemak dalam badan pon meleleh leleh jugak la masuk. hehh.
Oreo Milkshake. Sedap weh oreo milkshake ni. Rasa Oreo. (memanglah rasa oreo, dah sah sah nama pon oreo. tak kan rasa tempoyak milkshake pulek)
tapi memang sedap. Kalau datang secret recipe. boleh la order oreo milkshake ni. Kalau kau rasa tak sedap. Mungkin tekak kau yang bermasalah. muehehe.

aiskrim tiga bijik scope bentuk bulat bulat bertindak sebagai pencuci mulut. Di mana aiskrim ini dihantar terlalu awal. Makan makanan masing masing, ais krim ni pon cair.

Green Apple kasturi tukang bayar punya air. dan Mocha Ice Blended ni Nor yang punya. Aku suka whipped cream dia aje :D

Prawn macaroni with cheese. Nadia punya. Sedap gak la. tapi makan dengan sos lagi sedap kot.

Tahniah! licin pinggan anda. cuma tinggal daun pokok krismas secoet je tak makan.

tengok! cair dah. Belum usik lagi. hmmm kecewa

Tengok! nor membazir. Nasi tak habis makan. "weii membazir la kau ni. makan habiskan la nasi ni" nor dengan selamba menjawab " orang diet mana boleh makan nasi banyak banyak"
apalah salah nasi tu. kasihan nasi.

orang diet boleh makan aiskrim pulak. haha. apa apa je la. Nor ni sangat comel. gebus gebus. Tapi dia pemalu sikit. harap maaf. Sudah berpunya. Bulan depan dia bernikah dekat dewan orang ramai dengan abang "kecik". Ramai sedara mara baca blog aku ni Nor. habis la kau kena attack karang. huahuahua
Si Nadia sakit gigi, tak boleh minum shake shake tu. Sejuk katanya. Takut gigi terperanjat. dah dia pon pergi beli enam ketul donat ini dengan alasan dia sakit gigi. Aku pon tak tahu apa kena mengena sakit gigi dengan donat donat ini semua.Tapi donat The Alien paling kiri bawah sekali tu sangatlah menggoda. Terasa macam melambai lambai suruh makan dia. oh! tidak. Batal lagi niat mahu berdiet
Asyik cerita pasal makan je la aku ni. Entri akan datang pon InsyaAllah pasal makan jugak. nasib lah.
p/s: kenyang tengok gambar. lepastu rasa lapar balik. hehh